Entry Throwback : Ceritaku Sebelum Bermulanya Final Exam...

Assalamualaikum...
16 November 2014/Ahad

1.Stress!
  • Tenenug merenung menghadap assignment 24 jam sama ada tidur atau tidak tidur boleh membuatkan otak aku berserabut.Haaaiiissshhh....biasalah kalau menjelangnya FINAL EXAM...semuanya kena COMPLETE.Kalau yang senang-senang tak apa,ini nak kira itulah nak kira ini lah.Nak baca itu lah nak baca inilah.Strreeesss tau!!
  • Kalau pasal bab kira mengira ni...macam sem 3 ni,aku belajar MATEMATIK 2,SAINS KEJURUTERAAN 2 dan PRINSIP-PRINSIP STRUKTUR.Yahhh...semuanya yang aku senaraiakan tu adalah bab kira-mengira.Bila dah masuk bab kira-mengira ni,semua alatan kenalah lengkap seperti pembaris,pen,pensel,pemadam,kalkulator dan yang sama waktunya dengannya.Jika peralatan yang korang sediakan seperti yang terdapat dalam senarai(ayat skema),hohohohohho....susahlah korang untuk buat kerja korang.
  • Memang best jugak bab kira-mengira ni tapi,lama-kelamaan bikin stress jugak.Sebab apa?Sebab kalau kita tak dapat jawapan yang betul,kita kena kira balik apa yang soalan tu mahu sampailah kita dapat jawapan yang betul.Kalau kita tidak dapat jawapan yang betul,jangan haraplah nak berhenti mengira.Usaha lagi sampai dapat jawapan yang betul.Ada paham??
2.Mata Panda ( Mata Sepet )
  • Mata panda...Hal ini paling ketara bila semua orang bertungkus lumus nak review assignment,buat assignment dan belajar sampai tidak tidur.Kebanyakannya,student yang selalu buat begini.Ya...aku pun selalu juga buat begini sampai tidak tidur gara-gara ingin menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
  • Kalau siapkan assignment last minute,kemungkinan kualiti assignment tidak berapa best adalah tinggi juga berupaya menyebabkan lecturer korang akan potong markah korang.Tidak cukup dengan itu,nanti kuranglah masa korang untuk study.Betul tak?
3.Kurang Bercakap Dengan Aktif
  • Fuiiyyoooo....Kalau sebelum ni mulut tu punya lah laju je nak berborak,lepas tu dah tak pandang kiri kanan.Pantang masuk kelas ada-ada je benda yang nak digosipkan dengan kawan-kawan.Tapi,bila dah mula penat dan otak pun tengah tension dengan assignment,mulut pun ikut sekali penat sampai sampai bila bercakap pun jadi tak tentu sudah mau bercakap.
Adatlah tu kan tension bila dah nak FINAL EXAM.Sebab bila otak penat,ia menjurus kepada gangguan emosi sekali.Kalau dah asyik emo je,lama-kelamman boleh moody jugak.Siapa boleh tahan kan....

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..