Entry Throwback : Ceriataku Semasa Final Exam ( Bahagian 1 )

16 November 2014/Ahad
Assalamualaikum...

  • Semua orang memasing dah update blog pasal FINAL EXAM.Aku pulak?Lepas FINAL EXAM sudah habis,baru aku terhegeh-hegeh nak update entry pasal FINAL EXAM ni.
  • Eh...tunggu sekejap...Ini blog akukan...So,suka hati aku lah kan nak update entry aku bila-bila masah je aku suka.Heheheheee....
  • Satu lagi !! Aku bahagia...Aku dah angau time FINAL EXAM.Tu je...Ahahahaha....
  • Okeh !! Marilah kita kembali pada tajuk asal entry ni.
  • Minggu FINAL EXAM,macam biasalah...Streesss,busy study,banyak nota kecik yang nak dibuat lepas tu kena baca dan hafal.Belum lagi kalau masuk bab kira-mengira ni....
  • Time membaca tu,tiada masalah.Tapi,untuk menghafal tu,ada masalah.Hihihi.Masalah otak.
  • Tapi,alhamdulillah.Semuanya aku dah hadapi dan semuanya boleh tahan.Sekarang tawakal je lah tengah tunggu pointer untuk semester 3 ni.Naik atau turun...
  • Aku start FINAL EXAM hari itu pada 27 OKTOBER 2014 ( ISNIN ) & berakhir pada 05 NOVEMBER 2014 ( RABU ).
  • Jom tengok nota-nota sepanjang aku study untuk FINAL EXAM semester 3 ni.
    Nota kat atas ni adalah nota Matematik 2

    Nota ini pula adalah nota Sains Kejuruteraan 2

    And then,yang ni adalah nota Prinsip-prinsip Struktur

    Dan,yang last ni pula adalah nota Pembinaan Bahan & Binaan 3(PBB3)
  • Next entry...akan diupdate lagi...hehehe...baibaibai....

Entry Throwback : Ceritaku Sebelum Bermulanya Final Exam...

Assalamualaikum...
16 November 2014/Ahad

1.Stress!
  • Tenenug merenung menghadap assignment 24 jam sama ada tidur atau tidak tidur boleh membuatkan otak aku berserabut.Haaaiiissshhh....biasalah kalau menjelangnya FINAL EXAM...semuanya kena COMPLETE.Kalau yang senang-senang tak apa,ini nak kira itulah nak kira ini lah.Nak baca itu lah nak baca inilah.Strreeesss tau!!
  • Kalau pasal bab kira mengira ni...macam sem 3 ni,aku belajar MATEMATIK 2,SAINS KEJURUTERAAN 2 dan PRINSIP-PRINSIP STRUKTUR.Yahhh...semuanya yang aku senaraiakan tu adalah bab kira-mengira.Bila dah masuk bab kira-mengira ni,semua alatan kenalah lengkap seperti pembaris,pen,pensel,pemadam,kalkulator dan yang sama waktunya dengannya.Jika peralatan yang korang sediakan seperti yang terdapat dalam senarai(ayat skema),hohohohohho....susahlah korang untuk buat kerja korang.
  • Memang best jugak bab kira-mengira ni tapi,lama-kelamaan bikin stress jugak.Sebab apa?Sebab kalau kita tak dapat jawapan yang betul,kita kena kira balik apa yang soalan tu mahu sampailah kita dapat jawapan yang betul.Kalau kita tidak dapat jawapan yang betul,jangan haraplah nak berhenti mengira.Usaha lagi sampai dapat jawapan yang betul.Ada paham??
2.Mata Panda ( Mata Sepet )
  • Mata panda...Hal ini paling ketara bila semua orang bertungkus lumus nak review assignment,buat assignment dan belajar sampai tidak tidur.Kebanyakannya,student yang selalu buat begini.Ya...aku pun selalu juga buat begini sampai tidak tidur gara-gara ingin menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
  • Kalau siapkan assignment last minute,kemungkinan kualiti assignment tidak berapa best adalah tinggi juga berupaya menyebabkan lecturer korang akan potong markah korang.Tidak cukup dengan itu,nanti kuranglah masa korang untuk study.Betul tak?
3.Kurang Bercakap Dengan Aktif
  • Fuiiyyoooo....Kalau sebelum ni mulut tu punya lah laju je nak berborak,lepas tu dah tak pandang kiri kanan.Pantang masuk kelas ada-ada je benda yang nak digosipkan dengan kawan-kawan.Tapi,bila dah mula penat dan otak pun tengah tension dengan assignment,mulut pun ikut sekali penat sampai sampai bila bercakap pun jadi tak tentu sudah mau bercakap.
Adatlah tu kan tension bila dah nak FINAL EXAM.Sebab bila otak penat,ia menjurus kepada gangguan emosi sekali.Kalau dah asyik emo je,lama-kelamman boleh moody jugak.Siapa boleh tahan kan....

Selamat Bercuti dan Selamat Tinggal...

09 November 2014/Ahad

Assalamualaikum...

Bai bai kawan sekelasku...Bai bai kawan sekolejku...Bai bai housemateku...Bai bai jiran rumah sewaku...dan semuanya lah...Bai bai..

05 November 2014/Rabu
-Paper aku habis pada hari Rabu petang.
-Malamnya jugak aku dah di ambil oleh family aku.

09 November 2014
-Sekarang,tengah cuti semester selama sebulan and now aku sudah pun sampai di kampung dua hari yang lalu.
-Kampung aku nun jauh di KUALA PENYU.Sepa orang SABAH kat sini,mesti tau punya tempat ni kat mana..hihi...
-So,ada banyak masa free ni...bolehlah aku update blog aku macam biasa..

#Pai...pai..