Tips : 4 Cara Elakkan Mulut Berbau!

13 Julai 2014/Ahad

Assalamualaikum...

Saat berpuasa, ketakutan bagi orang ramai adalah nafas berbau. Bukan apa, apabila kamu tidak makan dan minum, bakteria di dalam mulut berkumpul dan membiak dengan aktif di kawasan lidah. Kerana itulah mulut mengeluarkan bau yang kurang enak.

Sungguh pun begitu, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kamu semua mengabaikan kebersihan mulut ya! Jom lakukan 4 cara untuk elakkan mulut berbau agar kamu rasa lebih yakin dengan diri sendiri.



1)   BERUS LIDAH
Sebelum tidur dan selepas sahur jangan lupa berus gigi terutamanya di bahagian lidah, agar segala bakteria dan kotoran yang terkumpul di kawasan itu berkurangan dan hilang.

2)   BASAHKAN DENGAN AIR LIUR
Sesekali jika kamu ingin bercakap, pastikan mulut kamu dibasahi dengan air liur dahulu. Jangan biarkan ia kering. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya kamu dapat mengurangkan bau yang kurang enak itu.

3)   JANGAN MINUM TEH / KOPI
Kafein yang ada dalam minuman teh dan kopi boleh membuatkan nafas kamu berbau. Sebaiknya cuba elakkan minum minuman yang mengandungi kafein saat bersahur kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.

4)   GUNAKAN UBAT GIGI KHUSUS UNTUK MASALAH NAFAS BERBAU
Ya, mungkin ini klise tapi ia sangat membantu! Pilihlah ubat gigi yang khusus buat nafas berbau dan mempunyai perlindungan selama 12 jam atau 24 jam. Selain itu, kamu juga boleh pilih yang mengandungi perisa mint.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa :)..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..