10 Tips Buang Rasa 'akward' Saat Presentation

13 Julai 2014/Ahad

Assalamualaikum...

"Alamakkkk....esok aku ada presentation lah....belum ready lagi ni...lagi pun ini kan presentation aku yang pertama dalam sem 3..Mudah mudahan jak lah semuanya baik-baik jak besok.Amin..."

Besok,dalam kelas,aku ada presentation dan ini adalah presentation aku yang pertama dalam sem 3.So,adalah jugak kan rasa gugup tu bila mau bercakap depan kawan sekelas.

Di sini,aku akan sediakan tips-tips untuk korang semua dan juga pembaca blog aku ni macam mana nak buang rasa akward saat presentation.



1)    Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.

2)    Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.

3)    Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.

4)    Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.

5)    Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.

6)    Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.

7)    Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.

8)    Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.

9)    Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.

10)  Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya!

Selamat membaca dan selamat mencuba!

4 comments:

  1. TQ utk tips bguna tu, wlupun xpenah buat presentation dn mngkn mmg xkn buat pn presentation pasal xmmerlukan presentation dn keje pn buruh kasar yg mmg xperlu pn presentation tp sy mnhargai pkongsian yg amat pintar ini, trasa trhutang budi la pulak kat owner blog yg baik hati yg sanggup mberi tips kat org yg mmerlukan tips brguna mcm sy ni, sayu pulak rasa..
    huhu.

    ReplyDelete
  2. Rajinnyer bg tips.

    ada x tips bangun tido je ada duit berbakul kat atas katil, jd bole sambug smula tido..

    huhu.

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna.. follow sini skali. baca doa penerang hati juga bagus sebelum present... d'_'b

    ReplyDelete
  4. Kita lah tu yg selalu nervous melampau kalau nak present wuwuwu. Tak pernah tak nervous hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..