X-Tra = Cantik + Tak Cerdik = 'Miss Bimbo'...Itu Kamu @ Tidak?

06 June 2014/Jumaat

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome...

"Muka jer cantik,tapi otak letak kat lutut.Tak bijak langsung dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Buat malu jer!"

     Pasti ramai di antara korang yang pernah dengar perkataan 'bimbo'.Apabila bercakap mengenainya,hal tersebut lebih terarah kepada gadis yang tidak berapa cerdik,tetapi memiliki fizikal yang cantik.Benarkah?Jom intai apa yang dimaksudkan dengan 'bimbo'.

Apa Itu 'Bimbo'?
     Bimbo ialah perkataan slanga Bahasa Inggeris yang membawa maksud 'perempuan yang cantik dan menarik tapi kurang daya pemikirannya.'Antara perkataan yang membawa maksud yang sama termasuklah 'dumb blond' dan 'valley girl'.Perkataan slanga ini asalnya digunakan di Amerika Syarikat pada awal tahun 1919 untuk melebel lelaki yang agak kasar dan kurang pandai.

       Manakala pada tahun 1920,perkataan tersebut mula digunakan terhadap perempuan apabila beberapa filem dan lagu pada masa itu mula meletakkan stereotaip 'bimbo' pada jantina yang berlainan.Frank Cumit misalnya,seorang komposer lagu pada tahun 1920 telah menulis sebuah lagu bertajuk My Little Bimbo Down yang mengisahkan seorang gadis pulau yang kurang bijak.

       Filem senyap yang berjudul Desert Night yang dibuat pada tahun 1929 pula melebel seorang penjenayah perempuan yang juga kurang bijak sebagai 'bimbo'.Akhirnya,perkataan tersebut secara rasminya dikhaskan untuk perempuan pada tahun 1929 apabila perkataan itu telah dimasukkan ke dalam kamus Oxford dan hanya dikhaskan untuk perempuan sahaja.

Bagaimana Mahu Kenali Bimbo?
Jika korang ingin mengenali seseorang itu bimbo atau sebaliknya,biasanya si bimbo akan...
  • Selalunya mereka akan ketawa dengan suara yang nyaring dan dengan cara yang mereka fikirkan comel di mata orang lain bila ada yang memanggil mereka bimbo.Mereka akan ucapkan terima kasih pada korang sebab mereka fikir perkataan bombo itu merupakan satu pujian!
  • Mereka sangat suka menyanyi!Tapi sayangnya suara mereka tidak selunak yang mereka sangka.Tidak pelik kalau korang dengar mereka menyanyi dengan lirik yang salah sebab mereka memang suka mengubah lagu yang mereka nyanyikan atau mereka hanya sekadar ingin menunjuk-nunjuk yang mereka tahu lagu yang mereka nyanyikan.
  • Matematik bukan subjek yang sesuai untuk mereka.Mereka mungkin akan mengambil masa 30 minit untuk menyelesaikan satu masalah Matematik mudah dan menulis jawapan mereka dengan pen merah jambu.
  • Mereka boleh dilabel sebagai gadis yang 'drama queen'!Mereka mungkin akan menangis tiba-tiba dengan perkara mudah.Contohnya,kalau kuku mereka patah atau ada jerawat di wajah mereka atau mereka tak jumpa kasut yang berpadanan dengan baju yang mereka akan pakai.
  • Mereka akan tengok cermin setiap 5 saat,jika ramburt mereka okay atau tidak setiap 7 saat dan pergi ke tandas setiap 10 minit untuk menambah solekan.Mereka akan menghabiskan masa paling kurang 20 minit di dalam tandas sambil membetulkan rambut dan pakaian mereka sebelum mereka berpuas hati dan keluar semula dari situ.
Status Bimbo & Selebriti
        Pada masa sama,gelaran tersebut turut terpalit dengan beberapa selebriti popular dunia kerana gaya hidup dari kisah seni mereka.Meskipun tiada laporan atau rujukan khusus mengenai perkara tersebut,namun ada pihak yang memberi telahan bahawa mereka dicop sebagai artis yang bimbo kerana sering terlibat dengan hal yang tidak masuk akal.

Miss Bimbo
Paris Hilton.

         Selebriti ini cukup terkenal dengan gaya hidup mewah dan penampilannya yang menarik.Tapi bukan itu sahaja,Paris juga terkenal dengan perangai buruk yang dimilikinya.Pernah ditahan oleh polis kerana memandu dalam pengaruh alkohol dan menggemparkan Hollywood dengan skandal video seks yang dirakam sendiri,selebriti ini dilabel sebagai selebriti bimbo oleh kebanyakan penerbit dan media di Hollywood.













miss bimbo
Lindsay Lohan
        
        Cukup dikenali sebagai pelakon kanak-kanak yang menyinar namun banyak pula masalah yang ditimbulkannya apabila menginjak dewasa.Hingga kini,Lindsay bukan sahaja dikenali sebagai artis yang berbakat,tetapi juga sebagai artis yang banyak menimbulkan masalah walaupun sudah keluar daripada pusat pemulihan.







Miss Bimbo
Nicole Richie

        Selebriti ini bukan sahaja cantik dan popular,malah merupakan teman baik Paris Hilton dalam siri program TV berjudul The Simple Life.Juga pernah ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah dan memandu di bawah pengaruh alkohol,selebriti ini memang banyak timbulkan masalah suatu ketika dahulu.













Paparan Watak Bimbo Dalam Filem
        Di samping itu,watak sedemikian juga sering diketengahkan dalam filem sebagai antara satu cara untuk mewarnai perjalanan sesuatu filem.Biasanya,watak tersebut diwujudkan di kalangan sekumpulan pelajar di kolej.Contoh-contoh filem tersebut ialah She's The Man,House Bunny MeanGirls dan banyak lagi.


8 comments:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no.14
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ho.. itu maksudnya yea.. kat Malaysia pun ada jugak hari tu.. Ayu Raudhah dgn Emma Maembong dapat title bimbo gak.. mas atu teman pelik apa menda tu?

    ReplyDelete
  3. hehe!! nice share..
    fifie singgah, baca entry n follow sini #15 keep in touch
    http://feycasnowie.blogspot.com/2014/06/the-liebster-award-by-puteri-aliya.html

    ReplyDelete
  4. Tq sharing....tgh tengok drama Aku Bukan Bimbo ni tu yg cari maksudnya

    ReplyDelete
  5. Samala..tp drama aku bukn bimbo ni watak pompuan cerdik kn..knp sam tu pggil nadiya bimbo..erm...

    ReplyDelete
  6. Haahkan..,ppuan tu cerdik nape bimbo( xsesuai )langsung....penulis skrip atau pengarah yg hanya nak boom kan citer tu.....anyway, sy suka citer ni

    ReplyDelete
  7. Skrip atau arahan tersasar...anyway saya suka tonton

    ReplyDelete
  8. Haahkan..,ppuan tu cerdik nape bimbo( xsesuai )langsung....penulis skrip atau pengarah yg hanya nak boom kan citer tu.....anyway, sy suka citer ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..