Tps : Bina Semangat Semester Baru

26 Jun 2014/Khamis

Hoi!Assalamualaikum...

Apabila lama bercuti,mulalah perasaan malas timbul dan menebal dalam diri.Tambah pula bila dah lama korang merehatkan minda.Secara tiba-tiba sahaja,korang terpaksa menggunakan semula,Jangan panik,ada beberapa cara untuk naikkan semula semangat korang melangkah ke semester baru.

1.Hias Meja Belajar
*Berbulan lamanya korang bercuti pasti meja belajar penuh dengan habuk dan kekotoran .Apa kata seiring dengan semester baru ini,korang kemaskan meja belajar secantik yang mungkin menggunakan kreativiti korang.Nak lebih menarik,jangan lupa letakkan sekali gambar korang bersama keluarga atau teman-teman rapat di meja sekali ya!

2.Kata-kata Semangat
*Minta ibu bapa sentiasa mendoakan korang agar dapat memulakan langkah pembelajaran baru agar lebih bersemangat.Doa dan kata-kata daripada ibu bapa merupakan ubat paling mujarab bagi korang untuk berjaya.Minta mereka agar berikan korang galakan agar korang dapat memberikan keputusan yang terbaik setelah habis belajar kelak.

3.Cari Kawan
*Tentu pensyarah sudah memberikan tugasan secara berkumpulan kan?Jadi,apa kata korang senaraikan nama kawan-kawan sekelas yang boleh dijadikan pasangan korang dalam kumpulan tersebut agar kerja-kerja yang melibatkan kumpulan tersebut agar kerja-kerja yang melibatkan kumpulan ini berjalan dengan lancar.Ini kerana markah korang semua akan bergantung kepada kerjasama yang di lakukan sepanjang sesi semester itu.

4.Pasang Azam dan Motivasi
*Tanamkan dalam minda korang sikap optimis dan buang sikap malas sekiranya korang ingin berjaya dalam pelajaran.Sekiranya korang sentiasa memitivasikan diri dan berazam tinggi,segala kerja yang korang lakukan pasti berjaya tidak kira di mana sahaja korang berada.

5.Nota Ringkas
*Awal sesi pembelajaran,jangan saratkan otak dengan nota-nota yang berat.Buat nota ringkas agar otak korang dapat menerima input pelajaran secara perlahan-lahan.Kemas dan susun segala nota tidak diperlukan lagi.Atur strategi pembelajaran bersesuaian dengan jadual korang agar tidak bertindan dengan aktiviti lain.

3 comments:

  1. btul2 sha pernah cuba smua ni..terutamanya hias meja hihi..paling excited sgt nak mnghias2 ni

    btw slmt bpuasa

    ReplyDelete
  2. huwarghh uyul dulu pun suka hias meja study.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..