Tips : 7 Cara Halus Tegur Kesalahan Orang

25 Jun 2014/Jumaat

Hoi!Assalamualaikum...

Menegur keselahan orang memanglah sesuatu yang mudah namun ia sebenarnya tidaklah semudah yang dijangka.

Walaupun individu itu melakukan kesalahan korang tidak seharusnya memalukannya apatah lagi melukai perasaannya.Ada cara yang lebih sesuai untuk menegur kesalahannya selain dari terus membebel dan menegur.

Kalau tidak,korang sendiri harus ditegur dan sama seperti individu yang melakukan kesalahan.Jadi,jom ketahui 7 cara menegur kesalahan orang lain dengan cara yang halus dan tidak memalukan diri.

1.Tegur Secara Lembut
  • Tak perlu berkasar,tegur sahaja dengan cara yang lembut.Jika tak apalah maknanya teguran kamu itu.Mana tidaknya,jika hinaan lebih banyak dari teguran itu bukan nasihat tetapi itu lebih ke arah memalukan.
2.Di Tempat Yang Tersorok
  • Tempat awam,hadapan khalayak ramai dan tempat-tempat yang boleh di lihat oleh orang lain selain dari korang berdua adalah tempat yang paling tidak sesuai untuk korang menegur.Sebaiknya pilihlah tempat yang lebih privasi dan tersorok.Ini kerana mungkin niat korang untuk menegur tetapi bila di lokasi yang salah ia bertukar seperti cuba menjatuhkan dan memalukan.
3.Double Meaning
  • Jika korang ingin menegur individu yang sensitif,gunalah perkataan atau ayat yang mempunyai maksud tersirat.Contoh,jika si dia pakai pakaian yang terlalu terdedah,jangan terus kata "kau pakai seksi ni kau tak takut mati ke?".Sebaliknya,cuba guna ayat seperti "kan lebih bagus jika kamu pakai pakaianyang labuh sedikit...yelah tau jelah mata-mata orang zaman sekarang.Takut mengundang bahaya pula kan."Walaupun tidak terlalu direct sekurang-kurangnya si dia tahu pakaiannya itu tidak patut dipakai.Bukankah begitu?
4.Jangan Guna Perkataan Yang Kasar
  • Jangan jatuhkan standart korang dengan melemparkan kata-kata yang kesat dan kasar.Ingat,jika korang sebut sahaja perkataan-perkataan yang memalukan itu bukannya si dia yang malu tetapi korang sendiri yang memalukan diri kerana berperilaku seperti orang tidak berpelajaran dan tidak di ajar untuk bersopan.
5.Jangan Terlalu Jujur
  • Ya.Jujur itu perlu dan sangat di sarankan.Tetapi bagaimana jika kejujuran korang itu mampu membuatkan individu yang ditegur itu terluka dan berkecil hati?Jadi,sebaiknya fikir sebelum bercakap.Jika ia boleh mengundang air mata baik korang tukar dengan sesuatu yang lebih sedap untuk didengari tetapi mempunyai maksud yang sama.
6.Sertakan Contoh
  • Setiap yang ingin korang sampaikan pastikan berserta contoh.Contohnya,korang sedang menasihati adik-beradik yang sedang bergaduh,pilihlah kisah tauladan seperti "Kisah Si Adik Yang Derhaka" atau apa sahaja yang boleh dijadikan contoh agar si dia lebih memahami apa yang ingin korang sampaikan dan secara tak langusng menyedarkan si dia.Jika cerita itu hanya rekaan pun tidak menjadi masalah asalkan mempunyai mesej yang tepat,jelas,mudah difahami dan logik.
7.Dengar Dua Pihak Dahulu dan Jangan Buat Konklusi
  • Jika korang sedang menasihati orang yang sedang bergaduh,elakkan daripada membuatkan konklusi sendiri.Malah jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja.Perkara ini akan menunjukkan korang seorang individu yang berat sebelah dan bukanlah pendengar yang baik.

1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..