Tips : 4 Jenis sahabat yang harus di jauhi

20 Jun 2014/Jumaat

Hoi!Assalamualaikum...

Dalam persahabatan korang akan berjumpa dengan macam-macam jenis sahabat.Ada yang baik dan ada yang sebaliknya.Ya,memang sukar untuk kita nilai hati mereka kerana adakalanya tidak semua yang kita sangkakan benar-benar terjadi.Betul tak?

But,kata orang,bila kita dah kenal siapa kawan kita,kita akan tahu sikap sebenar si dia.Masa itu lah kita harus bijak memilih jenis sahabat yang sesuai kita jalinkan bersamanya.

Oleh itu,ketahuilah 4 jenis sahabat yang harus korang jauhi:

1.Si Pengatur Hidup
>Kawan seperti ini akan membuatkan kamu rasa dikawal dan di kongkong.Individu seperti ini tidak boleh melihat kamu lebih daripadanya.Bila bergaduh,golongan ini akan menjadi individu yang paling mempunyai ego yang tinggi.

Cadangan
>Jangan sesekali cuba berbalah dengan mereka.Tiada gunanya kerana mereka sukar menerima kekalahan.Sebaiknya cuba cari jalan untuk mengatakan tidak pada sesuatu yang korang tidak setuju.Beritahu padanya korang juga ada pendirian hidup.Korang berhak membuat keputusan dalam hidup. 

2.Profesor Serba Tahu
>Ceritalah tentang apa saja,pasti si dia tahu juga.Individu seperti ini seorang yang bersifat angkuh.Dia akan sentiasa cuba tunjukkan kebodohan korang dan menampakkan dia pintar dan berpengalaman.Hati-hati,silap hari bulan si dia sentiasa ada cara untuk malukan korang.

Cadangan
>"dengar boleh,percaya jangan!".Buat-buatlah setuju kemudian ubah topik dengan segera supaya korang kelihatan tidak berminat mendengar cerita kosongnya itu.Lama-kelamaan,si dia pasti akan sedar dengan kelemahannya.

3.Si Pengeluh
>Kerjanya asyik mengeluh sahaja.Baik cerita kawan-kawan,musuh,makanan,bar dan apa sahaja yang boleh dijadikan bahan si dia akan sentiasa mengeluh.Sekali sekala memang simpati tapi lama-kelamaan ia akan membuatkan korang penat dan lebih mendengar keluhannya.

Cadangan
>Jangan mulakan perbualan dengannya dan jangan mudah bersimpati dengannya.Jika ia berlebihan dengan tegas tegur si dia dan katakan keluhannya itu agak berlebihan.

4.Si Talam Dua Muka
>Golongan ini sangat pandai berlakon dan pura-pura.Di depan bukan main si dia bercakap,segalanya baik sahaja.Sekali di belakang,dialah musuh pertama kita.Siap bercerita buruk tentang kita lagi.Lagi menyakitkan tanpa bersalah dia cerita segala rahsia kita pada orang lain.

Cadangan
>Jangan sesekali bercerita tentang rahsia atau maklumat sulit padanya.Elakkan keluar berdua duaan dengan si dia.Golongan seperti ini korang tidak boleh meletakkan kepercayaan 100% kerana tidak semua yang dia katakan benar dan ikhlas. 

1 comment:

  1. salam jumaat..berkawan biar ramai tapi pilihlah kawan yang sebaiknya :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..