Sedikit sebanyak pesanan dari Nuffnang

19 Jun 2014/Khamis

Hoi!Assalamualaikum...

Kelmarin petang,masa aku bukak email aku,aku dapat email dari Nuffnang dan dalam email tersebut,Nuffnang bagi nasihat.tips dan sedikit tutorial pada aku dan juga untuk blog aku

So,dengan hati yang ikhlas ini aku akan kongsikan apa nasihat yang aku dapat dari Nuffnang.

Silalah baca...jemput baca...:)..

1.Anda boleh terus menghasilkan kandungan yang berkualiti supaya dapat menarik lebih banyak pembaca dan mengukuhkan demografi belog anda.Dengan ini,belog anda juga berpeluang dipilih oleh pihak pengiklan untuk kempen-kempen yang boleh menjana pendapatan selagi belog anda dikemaskini dari semasa ke semasa.

        Selain itu,kajian selidik (survey) membenarkan pihak pengiklan untuk mengenali belog anda dengan lebih teliti.Dengan ini,pihak pengiklan akan tahu sama ada belog anda sesuai untuk kempen mereka atau tidak.Oleh itu,anda dinasihatkan untuk memastikan bahawa kaji selidik belog anda dikemaskini dari semasa ke semasa.

1.Trafik belog anda merupakan salah satu faktor yang menarik pihak pengiklan supaya memilih belog anda untuk menerima kempen -kempen.Selain itu,anda juga boleh memastikan supaya semua unit iklan diletakkan dengan optimum.

       Kami mendapati bahawa anda tidak mempunyai unit iklan Large Rectangle yang sepatutnya diletakkan selepas blog post pertama anda.Unit iklan anda tidak dapat diletakkan di tempat optimum akan menjejaskan keputusan pengiklan untuk memilih belog anda kerana terdapat banyak belog lain dalam rangkaian kami yang mempunyai iklan yang ditempatkan secara berkesan.

      Untuk memasukkan unit iklan Large Rectangle,anda boleh mendapatkan kodnya dalam halaman "Add Ad" selepas anda login ke dalam akaun Nuffnang anda.Selepas itu,anda login ke dalam akaun Blogger.com dan mencari laman "Edit HTML" lalu mencari kod </b : if> atau </b : loop>.Letakkan kod unit iklan Large Rectangle di antara kedua-dua kod itu dan "save" template itu.Unit iklan Large Rectangle itu akan muncul di bawah post pertama belog anda.

So,itulah nasihat,tips dan sedikit tutorial dari Nuffnang yang aku dapat dan untuk pengetahuan pihak Nuffnang,aku sudah pun meletakkan iklan Large Rectangle di blog aku.

Terima kasih kepada pihak Nuffnang atas tunjuk ajar yang telah engkau berikan kepada ku..(cewahhh!!)

1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..