Psikologi = Virus Murung Hati...Jangan Sampai Makan Diri!

06 June 2014/Jumaat

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau Jawab Korang awesome...

Jangan Sampai Makan Diri!
"Arghhhh!!!Tertekannya...Kenapa mesti macam ni?Aku benci semua orang!Benci!!!Lebih baik aku sendiri dari berhadapan dengan mereka".














Akibat mengalami tekanan hidup yang melampau,ia menyebabkan kamu menjadi individu yang tersisih.Kamu lebih selesa andai terasing daripada dikelilingi teman.Pada masa yang sama,kamu juga sering hilang fokus dan sentiasa moody.Mana tahu ada simptom kemurunguan hati?

Tanda-Tanda Awal : 

1.Lembap
        Jika sebelum ini kamu sangat efisyen terhadap kerja atau tugasan kolej,namun secara drastik,tahap keyakinan kualiti kerja kamu makin berkurangan dan kamu juga lembap di dalam menyiapkan sesuatu.Pasti ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan masalah ini terjadi.

2.Moody
          Cepat terasa dan sensitif terhadap perkara biarpun dalam hal remeh.Bila kamu mudah sentap,mulalah kamu bermasam muka dan menjauhkan diri dengan orang lain.

3.Hilang Minat
          Selalunya kamu minat dengan aktiviti lasak,contohnya mendaki gunung atau sukan-sukan ekstrem,tapi sejak dua menjak ini,kamu tidak lagi berminat untuk melakukan hobi tersebut.Kamu malas dan menganggap sukan itu terlalu membosankan dan hanya buang masa!

4.Perubahan Fizikal
         Paling ketara,bila fizikal kamu mulai berubah.Berat badan kamu mulai susut dan penampilan kamu juga seakan tidak kena gaya.Perubahan drastik ini memberi impak besar dalam diri.

5.Hubungan Renggang
     Siapa sangka hubungan baik yang dulunya bukan main rapat,tiba-tiba jadi sebaliknya.Wujud pertengkaran dan perselisihan faham antara kamu dan keluarga,sahabat dan kekasih hati.Keadaan ini membimbangkan semua orang yang mengenali kamu.

6.Sering Jatuh Sakit
          Kamu kerap mengalami masalah sakit kepala,muntah,gastrik dan sebagainya.Dalam sebulan,pasti ada saja penyakit yang menyerang.Kamu juga kelihatan lemah dan tidak bermaya.

7.Tidur Terganggu
        Kerana kerap melakukan aktiviti pada waktu malam,ia seharusnya akan memberi refleksi kepada kualiti tidur kamu dan sekali gus membuatkan kamu bangun lambat sama ada untuk ke pejabat ataupun kuliah.

8.Fikiran Negatif
         Beranggapan bahawa diri tidak berguna dan sering memikirkan kematian.Kamu selalu merasakan bahawa orang sekelilingmu tidak memerlukan kamu lagi.

9.Mengkritik Diri
          Selalu beranggapan bahawa kamu seorang yang punya banyak kekurangan.Ada saja benda yang kamu tidak puas hati dengan kebolehan diri.Kamu paling tidak suka bila orang lain mempersoalkan kebolehan dan mengkritik kamu sesuka hati.Langkah mudah,kamu cepat terasa hati dan mula meminggirkan diri.

10.Prestasi Menurun
     Kamu boleh dikatakan antara pelajar cemerlang di sekolah mahupun di kolej.Setiap kali peperiksaan,kamu pasti mendapat markah tertinggi antara yang lain.Tapi sejak akhir-akhir ini,kelihatan graf kecemerlangan kamu semakin menurun dan menurun.Mengapa jadi begini?Wake up girls!

Singkirkan Fikiran Hal Negatif:

1.Hentikan Fikiran Hal Negatif.
       Bila tertekan,kamu selalu menyalahkan diri dan menyakiti diri sendiri.Sedangkan kamu tahu semua itu bukan berpunca daripada kamu.Kamu perlu sedar,apa yang berlaku tidak boleh diubah lagi.Sebaliknya,cuba perbaiki dan selesaikan hal yang berlaku dengan berbincang.

2.Usah Bersendirian.
        Jika kamu takut atau boleh nak kawal diri,jangan sesekali duduk bersendirian.Maksudnya,kamu kena selalu berhibur bersama keluarga mahupun teman.Paling tidak pun,isi masa terluang itu dengan menonton filem kegemaranmu.Mudah bukan?

3.Minta Nasihat @ Pandangan.
     Mohon pertolongan atau nasihat dari individu terlatih seperti kaunselor untuk mengatasi masalah kamu.Belajar untuk meluahkan sesuatu perkara itu walaupun pahit untuk ditelan.Kamu perlu buang segala benda buruk yang terbuku dihatimu itu.Jangan pendam!

4.Beri Ruang Pada Diri
         Sebelum membuat apa-apa keputusan,pastikan kamu berfikir terlebih dahulu.Ambil masa sekurang-kurangnya dua atau empat hari.Cara ini boleh membuatkan kamu berfikir sama ada tindakan tersebut wajar atau sebaliknya.Jika perlu,luahkan pada sesiapa saja yang kamu rapat,biar terhapus segala rasa tidak enak dalam diri.

Happy reading dan selamat memcuba!

5 comments:

  1. bahaya sungguh .. nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. as salam. kdgkala abe kie pun tertekan dgn tugasan di sek. Abe Kie dtg dari segmen URL Blog #5 Mialiana dan terus follow blog awak. No 16. Jemput ke blog sy plak. TQ.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dear
    sha ada simtom2 awal ni, thnks for sharing

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..