Amy Search Sudah Nasihat Nabila Huda

05 June 2014/Selasa

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome..

Perhubungan keluarga


Sebelum ini pernah kedengaran,hubungan anak-beranak Amy Search dan Nabila Huda tidak begitu baik kerana Amy dikatakan terasa hati dengan sikap Nabila.Bagaimanapun,baik Amy mahupun Nabila tidak pernah mengulas lanjut setiap kali diajukan soalan berhubung dengan perkara itu.

Ketika ditemui di Klinik Pakar Ko, Klang, Selangor pada Selasa, Amy sekali enggan mengulas lanjut. Lelaki berusia 56 tahun hanya memberikan jawapan ringkas dengan memberitahu hubungannya dengan Nabila  baik-baik sahaja.
Ketika diminta mengulas tentang penampilan Nabila atau panggilan mesranya Abil yang semakin seksi sehingga dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi , Anugerah Stail Eh! 2014, penyanyi rock ini dilhat agak kurang selesa. Bagaimanapun, dia tetap memberi komen.

“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati,” ujar Amy.
Berbicara tentang karier seninya, penyanyi ini berkongsi  yang dia bakal muncul dengan album solo dalam sedikit masa lagi. Jelas Amy, dia sememangnya menanti-nantikan kehadiran album solo ini memandangkan sudah 13 tahun dia tidak muncul dengan buah tangan terbaru.

“Saya harap album solo ini boleh dilancarkan sebelum hujung tahun ini.  Sekarang kita dalam proses memilih lagu untuk dirakamkan. Saya pilih untuk bekerjasama dengan M.Nasir kerana percaya dengan kemampuan dia. Mungkin kita akan muatkan lapan buah lagu untuk album solo ini. Tapi semuanya masih belum muktamad.  Selain itu, saya juga akan berduet dengan Judika untuk sebuah lagu,” ujar Amy berkongsi cerita.

Tambah pelantun lagu ‘Isabella’ ini lagi, dia menjanjikan sebuah album yang segar dan berbeza dengan album yang pernah dihasilkan sebelum ini. Ini kerana dia mahu menampilkan muzik yang seiring dengan situasi muzik terkini.

“Album solo saya itu nanti lain daripada lain. Saya suka bereksperimen untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Apa yang boleh saya katakan, album ini lebih segar, bertenaga dan sesuai dengan citarasa peminat muzik ketika ini. Saya harap album ini boleh menjadi satu naskah yang menampilkan sisi saya  yang berbeza ,” ujar Amy teruja.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..