Adab Islam = Hati-hati Dengan Munafiqun

15 Jun 2014/Ahad

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome...

Secara kasar,dia kelihatan sungguh baik budi pekerti sehingga tidak Nampak sebarang keburukan yang dilakukan.Namun begitu,disebalik kebaikan budi pekertinya itu,terselindung sifat buruk di dalam dirinya.Ini merupakan cirri-ciri seorang munafik.

       Korang tahu apa itu munafik?Orang munafik ini adalah orang yang menunjukkan kebaikannya tetapi menyembunyikan kejahatan diri.Tindakan bijak ini mampu disembunyikaan daripada mata manusia tetapi tidak di mata Allah S.W.T.Apakah ciri-ciri orang Islam yang munafik?

Ciri-ciri orang Islam yang munafik ialah =

1.Melakukan Kebinasaan
Ø     Perkara yang haram dihalalkan dengan alasan untuk kebaikan masyarakat.Itu antara motif biasa manusia zaman sekarang.Bumi ditarah ibarat manusia tiada lagi perikemanusiaan semata-mata mengejar kesenangan dunia.Riba berleluasa kerana tamakkan harta yang hanya pinjaman dari Allah.

2.Menuduh Orang Lain
Ø     Kekayaan dan kekuasaan yang diniliki seseorang merupakan salah satu ujian Allah yang perlu lulus sebaiknya.Dek kerana nafsu,kedua-dua ini boleh melangkaui batas.Sebab itu terjadinya pentingkan diri sendiri,tidak mahu mengikut ajaran Allah dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.Mereka hanya percaya pada logic akal sedangkan ilmu yang diperolehi sebenarnya datang dari Yang Maha Esa.

3.Malas Beribadah
Ø     Solat hanya mengambil masa lima minit sahaja manakala puasa hanya sebulan dalam setahun.Itu pun menjadi kesusahan kepada umat Islam yang malas menunaikan ibadah dengan alasan tidak cukup masa melakukan pekerjaan di dunia.Hartanya juga dilaburkan ke jalan yang tidak elok daripada bersedekah kepada mereka yang memerlukan.



4.Pertikaikan Hukum Allah
Ø     Golongan munafik berlagak seperti orang Islam,tetapi berdolak-dalik melakukan hokum Allah dan ajaran Rasul.Mereka tahu apa yang diwajibkan,tetapi tidak pernah memenuhi tuntutan Islam itu sendiri.Ketika senang mereka langsung lupa pada Yang Maha Pencipta,tetapi mereka seolah-olah menyesal apabila ditimpa kesusahan.

5.Mengejar Habuan Dunia
Ø     Sebelum melaksanakan tugas,orang-orang munafik akan apakah aka nada balasannya?Sama ada deri segi wang ringgit atau pun kebendaan yang lain.Hilang rasa ikhlas kerana berfikir pengorbanan harta benda dan tenaganya tidak berbaloi.Pelbagai alasan diberikan jika ia hanya membawa keuntungan ke akhirat.

6.Menghina Kebenaran
Ø     Kadang-kadang,kebenaran itu terpampang di depan mata tetapi orang yang munafik tidak mengakuinya.Pelbagai alasan yang diberikan supaya tidak mahu menerimanya.Mereka lebih suka mengikut kata hati dan membuat hokum sendiri sesuai dengan kehendak nafsu kejahatan.Jauhkan diri korang dari golongan ini!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..