Tips Nuffnang : Petua Bagaimana Meningkatkan Pendapatan Blog

19 Mei 2014/Isnin
Assalamualaikum..

Haiiii korang...Bukan kemain ekskaited lagi aku ya nak bagi korang tips time tengah malam bebuta macam ni.Huhaiiii...

Begini cerita nya...

    Mula-mula,aku buka email aku.Tengok-tengok eh...ada email dari pihak Nuffnang.Rupanya Pihak Nuffnang nak bagi aku tips(sponsor post mungkin).So,bila aku dah dapat tips dari Pihak Nuffnang apa salahnya kan kalau aku ingin kongsikan tips ini ngan korang jugak...

Apakah yang korang perlu lakukan?

    Sebelum pihak Nuffnang boleh memperuntukkan iklan daripada blog korang,sistem pihak Nuffnang memerlukan masa untuk memproses trafik blog korang.Proses ini akan mengambil masa sekurang-kurang nya 21 hari selepas korang memasang unit iklan di blog korang.Oleh itu,jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan korang.Selepas blog korang diserahkan kempen,korang akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations pihak Nuffnang.Jika korang tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut,korang boleh emel ahli Ad Ops untuk menarik diri daripada kempen tersebut.

   Sebagai rangkaian blog yang terbesar dalam Malaysia,terdapat banyak cara untuk korang mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang.Berikut adalah tips-tips daripada Nuffnang:

1.Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog korang.
  • Pihak Nuffnang mencadangkan minimum 20 views setiap hari.Korang boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog korang melebihi 20 views setiap hari.
2.Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan!
  • Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang korang boleh letak di blog korang iaitu LEADERBOARD,SKYSCRAPER dan LARGE RECTANGULAR.Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan LEADERBOARD dan SKYSCRAPER.Oleh itu,pihak Nuffnang mencadangkan supaya korang memastikan blog korang mempunyai ruang untuk unit tersebut.Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz dan penempatan unit iklan,sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add Ads".
3.Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog korang!
  • Pada masa korang berdaftar dengan Nuffnang,korang akan dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog korang.Dengan ini,ia membolehkan pihak Nuffnang untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
4.Memahami pembaca blog korang.
  • Dengan memahami pilihan pembaca blog korang,korang boleh mengetahui bagaimanakah pembaca korang akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog korang.Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan.Justeru itu,pilih yang sesuai kepada blog korang,malahan dapat menambah pendapatan blog korang.
5.Pengiklanan banner Nuffnang
  • Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang.Unit-unit iklan tersebut membolehkan pihak Nuffnang mengukur trafik blog korang dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog korang.
Dengan cara ini,korang akan mendapat pendapatan.Walaupun korang hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog korang,tetapi lebih banyak unit iklan yang korang letak,semakin tinggi peluang blog korang akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.

Happy reading and thank you..:)..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..