Sahabat : 5 Tanda Kamu Berada di ‘ZONE FRIENEMY’

Assalamualaikum...
19 Mei 2014/Isnin

Wowwwww,hati-hati tidak semua kawan benar-benar kawan.Adakalanya mereka juga boleh menjadi lawan.Jangan tertipu dengan ‘topeng’ yang si dia pakai.Hati-hati.Jom intai adakah kamu sedang berada di ‘ZONE FRIENEMY’ atau tidak.

1.BERTUKAR-TUKAR MOOD
>Jika kawan kamu itu selalu saja bertukar mood dan mengalami masalah ‘mood swing’ hati-hati.Maklum sahajalah mood juga boleh mempengaruhi perasaan seseorang jika di benar-benar tiada perasaan negative pada kamu mengapa mesti dia marah-marah kamu bukan.

2.GERAK HATI TIDAK SELESA
>Walaupun kamu cuba sedaya upaya untuk rapat dengannya namun kamu tetap ada perasaan ‘janggal’ dan tidak selesa pasti kamu tertanya-tanya mengapa bukan?Jawapannya adalah kerana telipati yang dapat kamu rasai melalui gerak hati.

3.SUKA BERSAING DENGAN KAMU
>Pantang Nampak kamu lebih sedikit pasti si dia akan cuba lakukan sesuatu untuk mengalahkan kamu.Nampaknya si dia benar-benar cuba untuk mencuri perhatian yang kamu dapat dari orang lain.

4.MEMUJI DAN MENGHINA
>Dalam setiap pujian yang dia berikan pada kamu ada sahaja hinaan yang dia selitkan dan cakap secara halus.Hati-hati dengan individu seperti ini.Ternyata dia hanyalah ‘musuh dalam selimut’ kamu shaja.Jika terjadi tidak perlu melawan atau melayan.Biarkan sahaja si dia dengan caranya itu.Cuma,kamu perlu berhati-hati.

5.SERING MENYEMBUNYIKAN SESUATU
>Kadang kala si dia suka berahsia dengan kamu.Tau-tau sahaja si dia dah keluar dengan rakan-rakan yang lain tanpa pengetahuan kamu.Hmmmmmmm,orang yang suka menyembunyikan sesuatu memang ada agendanya tersendiri.Pasti ada sebab mengapa si dia cuba mengecualikan kamu.Jika dia benar-benar ikhlas berkawan dengan kamu mengapa mesti si dia lakukan sesuatu seperti ini.Betul tak?


Selamat membaca…

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..