Sahabat : 5 ‘ROADBUMPS’ Dalam Persahabatan

Assalamualaikum..
16 Mei 2014/Jumaat

Dalam persahabatan pasti ada pasang surutnya.Aku percaya pasti  korang pernah lalui detik ROADBUMPS bila bersama sahabat kamu.Tetapi jangan terus meletah.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Sebagai seorang kawan,buktikan yang kamu seorang yang memahami dan bijak menangani masalah.
 Jadi,ayuh ketahui ‘5 ROADBUMPS’ yang sering muncul dalam persahabatan di kalangan remaja dan cara tangani masalah yang merumitkan ini agar hubungan kamu dan sahabat semakin kukuh dan erat!
 1.DESTINASI YANG BERBEZA
>Tidak semua sahabat yang tinggal berdekatan.Ada yang dekat sejengkal dan ada yang jauh berbatu.Jadi,jika kamu berdua jarang berjumpa dan keluar bersama kerana jauh,jangan sesekali biarkan hubungan kamu berdua terputus tanpa khabar berita.Terus berhubung dan sentiasa bertanya khabar.
 2.NEW BFF IN TOWN
>Memang tidak dinafikan,menerima seseorang yang baru dalam hidup kita memang mengambil masa yang agak lama untuk terima.Begitu jugaklah dalam persahabatan lebih lagi bi;a orang tu lebih rapat dengan sahabat kamu.Apa yang boleh kamu lakukan sebenarnya jangan biarkan ada jurang di antara kamu dan sahabat.Sebaliknya cuba dekatkan diri dengan kawan baru itu.Paling penting jangan biarkan pengaruh negative bermain di fikiran.
 3.MASALAH KEWANGAN
>Tiada salahnya jika kamu berdua berkongsi masalah.Lebih lagi bila sahabat kamu sedang mengalami masalah kewangan.Jangan kedekut,kamu perlu ingat mungkin hari ini dia memerlukan bantuan kamu esok lusa kamu pula memerlukan bantuannya.Betul kan?Jadi,jangan mengeluh!Lagipun inilah peluang untuk kamu buktikan padanya betapa kamu ikhlas dengan persahabatan kamu berdua.
 4.IDEOLOGI BERBEZA
>Tidak kiralah kamu rapat macam mana sekalipun pasti kamu berdua mempunyai ideology yang berbeza.Jadi tak pelik jika kamu berdua boleh bergaduh kerana tidak sebulu.Tetapi jangan terlalu kerap bergaduh kerana ia boleh membuatkan perasaan benci dan cemburu mula menebal dalam diri.
 5.PEMBAWAKAN DIRI YANG BERBEZA
>Mungkin kamu seorang yang pendiam dan sahabat kamu itu bertentangan karakter dengan kamu.Perbezaan ini adakalanya akan membuatkan persahabatan kamu berdua mula goyang dan ada kalanya beretakkan.Jadi,sebaiknya fahami betul-betul karakter sahabat kamu dan cuba bertolak ansur sesame sendiri.

Kalau suka entry ini,cepat-cepat komen yerr..!!Selamat membaca..



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..