Sahabat : 5 Cara Mulakan Perbualan Dengan Stranger!

Assalamualaikum...
17 Mei 2014/Sabtu

Apa yang aku tahu,untuk memulakan perkenalan dengan seseorang yang tidak di kenali memang sesuatu yang agak rumit.Bukan apa,pasti kamu takut jika kehadiran kamu di reject dan menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa bukan?
 Nah,jangan risau.Di sini,aku ada beberapa tip dan cara untuk korang mulakan perbualan dan lebih yakin bila bersosial dengan orang yang baru dikenali.
 1.PERKENALKAN DIRI
>Ini perkara yang perlu kamu ambil serious,sebelum mula berborak dan mulakan topic pastikan kamu perkenalkan diri dahulu atau paling tidak perkenalkan diri padanya.Sekurang-kurangnya teknik kamu ini mengurangkan rasa gugup dan tidak selesa.Cuba bayangkan jika kamu di tempatnya,adakah kamu akan melayan seseorang yang kamu tidak kenali?Pasti tidak bukan!Oleh itu,lakukan apa yang patut dahulu.
 2.PUJI NAMANYA
>Setelah si dia memperkenalkan dirinya,apa salahnya jika kamu puji sedikit namanya.Gunalah ayat seperti “Oh,sedap nama awak!” untuk membuatkan si dia tersenyum dan rapat dengan kamu.Teknik ini menunjukkan kamu seorang yang peka dan sanagt terbuka dengan orang sekeliling.
 3.BERSEMBANG TENTANG ISU SEMASA
>Tiada idea nak sembangkan tentang apa dengannya?Apa kata gunakan kesempatan untuk bercerita tentang isu semasa dengan individu yang baru kamu kenali itu.Sedikit sebanyak kamu akan ada idea dan pandangan yang boleh dikongsikan bersama.Tetapi hati-hati,jangan bangkitkan isu-isu sensitive pula ya!
 4.SENTUHAN
>Jika orang yang baru kamu kenali itu sekaum dengan kamu gunakan teknik sentuhan bila bersembang.Cara ini akan buatkan si dia lebih ‘terhibur’dengan kata-kata kamu.Contoh seperti “eh,you know what…” (pegang lengan atau bahunya).Lama-kelamaan si dia pasti akan rasa selesa bersembang dengan kamu.Tetapi itu tidak bermaksud kamu boleh pegang mereka sesuka hatinya!Kamu perlu bijak mengatur situasi.
 5.CAKAP SAMBIL TERSENYUM
>Jangan bazirkan kelebihan yang kamu ada.Pikat hati mereka dengan senyuman manis kamu ketika bercakap.Cara ini menampakkan kamu ikhlas dan tidak kekok bila bersamanya.Perkara ini akan membuatkan individu yang berhadapan dengan kamu rasa lebih yakin dan seronok bila bersembang dengan kamu.
 Selamat membaca dan selamat mencuba!!


1 comment:

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..