Betul Ke Bohong Ni??

31 Mei 2014/Sabtu

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome...

Aihhh...biar betul ni kawan aku ni..kata nak pinjam duit aku sebab dia tak de duit belanja...bila aku on fb...bila aku on wechat tadi,ada pula aku nampak post dia di situ...katanya mau ke labuan lah...lepas tu..mau pergi kk lah..lepas tu mau pi kl lah...lepas tu nampak lagi dia post gambar TIGER(faham sendiri lah korang) kat fb tadi..biar betul ni?ini lah yang membuatkan aku semakin curiga ngan kawan aku ni...macam berat hati pula mau kasih pinjam duit ngan dia..tapi,tengok dia post-post ayat-ayat macam tu kat fb macam berat hati pula nak bagi pinjam..entahlah..aku pun ndak tau..kalau korang,apa yang korang akan buat kalau kawan korang ada buat begitu....*seperti yang di atas...last sekali yang aku ingat tadi...tak de duit tapi tunggu teksi pula kat kl tu...apa makna nya tuuu??

Tidak akan kulupakan kejadian tengah hari tadi..

31 Mei 2014/Sabtu

Assalamualaikum...
kalau tak jawab dosa...
kalau jawab korang awesome...

Lai...lai...lai...bapak kau lama ndak update blog...mentang-mentang time cuti sekolah ar...blog ni pun cuti jugak kerr...agak-agak lah wei...cuti pun cuti jugak..blog jangan dilupakan...:P..:)..just kidding...

Sekarang ni musim cuti sekolahkan..and then time musim cuti sekolah ni jugak orang sibuk nak kawin,nak buat kenduri and yang sama waktu dengan nya lah.kadang-kadang tu,dalam satu hari 1-5 buah rumah yang harus di pergi sebab kena jemput..besalah..adat kan..orang menjemput kita datang..makan free lagi tu..hehehe..

apa yang aku tidak dapat lupakan kejadian pada tengah hari tadi tu ialah:

yang pertama : 
aku dapat jumpa lagi idol ku setelah sekian lama ndak berjumpa.hohoho....biarpun sekejap     tapi asal nampak muka pun jadilah...kan....kan..kan...kami mau pulang sudah,si idol baru sampai di rumah orang kawin tadi....sampai main mata lagi jooo aku ngan idol ku..hehe..(...gatal nya aku...hehehe....)...dan sampai di rumah tadi and sampai tengah hadap kat blog ni pun masih lagi terbayang-bayang wajahnya tadi..auuuwww....(gedik!!)apa orang bilang...jodoh ndak jua kemana,jodoh tetap di situ..betul kah...hehehe..ataupun JODOH PASTI BERTEMU bilang lagu si AFGHAN tu..hehe...

yang kedua :
ini pun lebih kurang jugalah kejadian nya..tapi ndak sama ok..ceritanya ialah sebuah motor berlanggar dengan sebuah kereta hilux tadi di depan rumah orang kawin.first time nampak pemandu motor terhumban ke dalam longkang..tapi,bukan betul-betul dalam longkang lah cuma di tepi-tepi dia jer..tapak kaki budak motor tu luka habis...kesian pula aku tengok dia..kejadian tu betul-betul terjadi depan mata aku ngan family aku tadi tengah hari masa kami satu keluarga nak pi rumah orang kawin...tengok-tengok rupa budak tu,kiut juga...hehe..haiissss...ke situ pulak pikiran aku ni...hehe...dah lah..abaikan jer...

itu aja...papai!!(sambil tangan melambai-lambai dengan senyuman yang paling manis tanda bahagia)...kah..kah..kah...

Review : Sinetron Heart S2

21 Mei 2014/Rabu
Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome...!!

Korang...korang...korang ada tengok tak cerita indon kat Astro Ria.Alah..Apa lagi...Sinetron Heart S2 tu lah..Sepa ada tengok wayang tu,kita geng!!Hehe...Meh sini!Lepak kat blog aku dulu sebentar..Huhu..Kat bawah ni,aku ada bagi sinopsis pasal sinetron Heart S2 ni..Dah belas-belas episode ni,baru aku terhegeh-hegeh nak bagi sinopsis dia..huhu..Ok lah.Korang boleh baca je sinopsis dia ni.Silakan baca yerr!!


Kisah berawal dari penampilan band "The Rockets" dalam satu acara sekolah.Band yang beranggotakan Farel(Adipati Dolken),Bevan(Aditya Suryo) dan Endo(Joshua Otay) tersebut berhasil membuat siswi-siswi SMA mereka histeris melihat penampilannya.Ketika selesai tampil,para siswi berebutan untuk memberikan kado pada personil band tersebut.Namun sang manager,Rachel(Yuki Kato),hanya mengizinkan para siswi untuk memberi kado untuk Bevan dan Endo.Farel yang merasakan bahawa dirinya adalah pentolan band tersebut pun bingung mengapa dia tidak mendapat kado sama sekali.

Farel,Rachel,Bevan dan Endo selintas seperti empat orang yang berteman baik layaknya sahabat.Tapi kadang orang lupa,ada seorang cewek diantara para cowok.Dan wajar kalau si cewek jatuh hati pada salah satu teman cowoknya.Siapa lagi kalau bukan Farel.Tapi Farel tidak pernah sedar akan hal itu.Begitu juga dengan Endo yang jahil dan slengekan.Cuma Bevan yang mulai curiga akan perasaan Rachel pada Farel.

Baik Farel,Rachel,Bevan dan Endo memang saling berteman baik layaknya sahabat.Namun kerana ada sosok Rachel yang satu-satunya cewek diantara mereka,menjadi wajar ketika Rachel jatuh hati kepada salah satu cowok.Cowok tersebut tidak lain tidak bukan ialah Farel.Namun Farel tidak menyedari hal tersebut.Diantara ketiga cowok tersebut,hanya Bevan yang memiliki kecurigaan tentang perasaan suka Rachel terhadap Farel.

Sementara itu,sosok Vandra(Sahila Hisyam),siswi cantik,kaya dan seksi di sekolah Farel,merasa iri dengan Rachel yang bisa dekat dengan Farel.Padahal Bevan dan Endo tergila-gila dengan Vandra.Di sisi lain,Luna(Pamela Bowie) terpaksa tinggal di Singupura bersama ayahnya,Adam(Ikang Fawzi),untuk berobat.Diam-diam,Luna selalu memantau Farel melalui Youtube,twitter ataupun Facebook.Farel sendiri tidak menyedari bahawa Luna masih memperhatikan dia dari negari seberang.

Bagaimanakah kelanjutan kisah mereka?Ayuh,saksikan kisah mereka pada pukul 6.30 petang-7.30 petang,setiap Isnin-Jumaat hanya di Astro Ria!Selamat menonton...!

Mamee Chef : Malacca Factory Visit Invitation

2o Mei 2014/Selasa
Assalamualaikum...


Korang....korang...korang...korang ada dapat tak Invitation ni dari emel pihak Nuffnang?Kalau korang ada dapat invitation ni,samalah kita tu.Aku pun ada dapat jugak benda ni kat emel aku.Ngeee..

And then...aku pun tak tau lah mau pergi atau tak invitation ni sebab tak de kawan nak pergi.Lagi pun,belum pernah lagi kaki aku ni jejak kat sana.Tapi,aku dah hantar dah details aku ngan Nuffnang..:p..

Tengok keadaan lah macam mana sama ada mau pergi atau tak.So,ini adalah sponsored post yang kedua dari pihak Nuffnang...

Sesiapa yang dapat pergi invitation ni,happy enjoy lah geng...huhuhhu...
Papai..

Tips Nuffnang : Petua Bagaimana Meningkatkan Pendapatan Blog

19 Mei 2014/Isnin
Assalamualaikum..

Haiiii korang...Bukan kemain ekskaited lagi aku ya nak bagi korang tips time tengah malam bebuta macam ni.Huhaiiii...

Begini cerita nya...

    Mula-mula,aku buka email aku.Tengok-tengok eh...ada email dari pihak Nuffnang.Rupanya Pihak Nuffnang nak bagi aku tips(sponsor post mungkin).So,bila aku dah dapat tips dari Pihak Nuffnang apa salahnya kan kalau aku ingin kongsikan tips ini ngan korang jugak...

Apakah yang korang perlu lakukan?

    Sebelum pihak Nuffnang boleh memperuntukkan iklan daripada blog korang,sistem pihak Nuffnang memerlukan masa untuk memproses trafik blog korang.Proses ini akan mengambil masa sekurang-kurang nya 21 hari selepas korang memasang unit iklan di blog korang.Oleh itu,jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan korang.Selepas blog korang diserahkan kempen,korang akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations pihak Nuffnang.Jika korang tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut,korang boleh emel ahli Ad Ops untuk menarik diri daripada kempen tersebut.

   Sebagai rangkaian blog yang terbesar dalam Malaysia,terdapat banyak cara untuk korang mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang.Berikut adalah tips-tips daripada Nuffnang:

1.Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog korang.
  • Pihak Nuffnang mencadangkan minimum 20 views setiap hari.Korang boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog korang melebihi 20 views setiap hari.
2.Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan!
  • Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang korang boleh letak di blog korang iaitu LEADERBOARD,SKYSCRAPER dan LARGE RECTANGULAR.Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan LEADERBOARD dan SKYSCRAPER.Oleh itu,pihak Nuffnang mencadangkan supaya korang memastikan blog korang mempunyai ruang untuk unit tersebut.Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz dan penempatan unit iklan,sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add Ads".
3.Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog korang!
  • Pada masa korang berdaftar dengan Nuffnang,korang akan dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog korang.Dengan ini,ia membolehkan pihak Nuffnang untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
4.Memahami pembaca blog korang.
  • Dengan memahami pilihan pembaca blog korang,korang boleh mengetahui bagaimanakah pembaca korang akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog korang.Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan.Justeru itu,pilih yang sesuai kepada blog korang,malahan dapat menambah pendapatan blog korang.
5.Pengiklanan banner Nuffnang
  • Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang.Unit-unit iklan tersebut membolehkan pihak Nuffnang mengukur trafik blog korang dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog korang.
Dengan cara ini,korang akan mendapat pendapatan.Walaupun korang hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog korang,tetapi lebih banyak unit iklan yang korang letak,semakin tinggi peluang blog korang akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.

Happy reading and thank you..:)..

Sahabat : 5 Tanda Kamu Berada di ‘ZONE FRIENEMY’

Assalamualaikum...
19 Mei 2014/Isnin

Wowwwww,hati-hati tidak semua kawan benar-benar kawan.Adakalanya mereka juga boleh menjadi lawan.Jangan tertipu dengan ‘topeng’ yang si dia pakai.Hati-hati.Jom intai adakah kamu sedang berada di ‘ZONE FRIENEMY’ atau tidak.

1.BERTUKAR-TUKAR MOOD
>Jika kawan kamu itu selalu saja bertukar mood dan mengalami masalah ‘mood swing’ hati-hati.Maklum sahajalah mood juga boleh mempengaruhi perasaan seseorang jika di benar-benar tiada perasaan negative pada kamu mengapa mesti dia marah-marah kamu bukan.

2.GERAK HATI TIDAK SELESA
>Walaupun kamu cuba sedaya upaya untuk rapat dengannya namun kamu tetap ada perasaan ‘janggal’ dan tidak selesa pasti kamu tertanya-tanya mengapa bukan?Jawapannya adalah kerana telipati yang dapat kamu rasai melalui gerak hati.

3.SUKA BERSAING DENGAN KAMU
>Pantang Nampak kamu lebih sedikit pasti si dia akan cuba lakukan sesuatu untuk mengalahkan kamu.Nampaknya si dia benar-benar cuba untuk mencuri perhatian yang kamu dapat dari orang lain.

4.MEMUJI DAN MENGHINA
>Dalam setiap pujian yang dia berikan pada kamu ada sahaja hinaan yang dia selitkan dan cakap secara halus.Hati-hati dengan individu seperti ini.Ternyata dia hanyalah ‘musuh dalam selimut’ kamu shaja.Jika terjadi tidak perlu melawan atau melayan.Biarkan sahaja si dia dengan caranya itu.Cuma,kamu perlu berhati-hati.

5.SERING MENYEMBUNYIKAN SESUATU
>Kadang kala si dia suka berahsia dengan kamu.Tau-tau sahaja si dia dah keluar dengan rakan-rakan yang lain tanpa pengetahuan kamu.Hmmmmmmm,orang yang suka menyembunyikan sesuatu memang ada agendanya tersendiri.Pasti ada sebab mengapa si dia cuba mengecualikan kamu.Jika dia benar-benar ikhlas berkawan dengan kamu mengapa mesti si dia lakukan sesuatu seperti ini.Betul tak?


Selamat membaca…

Sahabat : 5 Cara Mulakan Perbualan Dengan Stranger!

Assalamualaikum...
17 Mei 2014/Sabtu

Apa yang aku tahu,untuk memulakan perkenalan dengan seseorang yang tidak di kenali memang sesuatu yang agak rumit.Bukan apa,pasti kamu takut jika kehadiran kamu di reject dan menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa bukan?
 Nah,jangan risau.Di sini,aku ada beberapa tip dan cara untuk korang mulakan perbualan dan lebih yakin bila bersosial dengan orang yang baru dikenali.
 1.PERKENALKAN DIRI
>Ini perkara yang perlu kamu ambil serious,sebelum mula berborak dan mulakan topic pastikan kamu perkenalkan diri dahulu atau paling tidak perkenalkan diri padanya.Sekurang-kurangnya teknik kamu ini mengurangkan rasa gugup dan tidak selesa.Cuba bayangkan jika kamu di tempatnya,adakah kamu akan melayan seseorang yang kamu tidak kenali?Pasti tidak bukan!Oleh itu,lakukan apa yang patut dahulu.
 2.PUJI NAMANYA
>Setelah si dia memperkenalkan dirinya,apa salahnya jika kamu puji sedikit namanya.Gunalah ayat seperti “Oh,sedap nama awak!” untuk membuatkan si dia tersenyum dan rapat dengan kamu.Teknik ini menunjukkan kamu seorang yang peka dan sanagt terbuka dengan orang sekeliling.
 3.BERSEMBANG TENTANG ISU SEMASA
>Tiada idea nak sembangkan tentang apa dengannya?Apa kata gunakan kesempatan untuk bercerita tentang isu semasa dengan individu yang baru kamu kenali itu.Sedikit sebanyak kamu akan ada idea dan pandangan yang boleh dikongsikan bersama.Tetapi hati-hati,jangan bangkitkan isu-isu sensitive pula ya!
 4.SENTUHAN
>Jika orang yang baru kamu kenali itu sekaum dengan kamu gunakan teknik sentuhan bila bersembang.Cara ini akan buatkan si dia lebih ‘terhibur’dengan kata-kata kamu.Contoh seperti “eh,you know what…” (pegang lengan atau bahunya).Lama-kelamaan si dia pasti akan rasa selesa bersembang dengan kamu.Tetapi itu tidak bermaksud kamu boleh pegang mereka sesuka hatinya!Kamu perlu bijak mengatur situasi.
 5.CAKAP SAMBIL TERSENYUM
>Jangan bazirkan kelebihan yang kamu ada.Pikat hati mereka dengan senyuman manis kamu ketika bercakap.Cara ini menampakkan kamu ikhlas dan tidak kekok bila bersamanya.Perkara ini akan membuatkan individu yang berhadapan dengan kamu rasa lebih yakin dan seronok bila bersembang dengan kamu.
 Selamat membaca dan selamat mencuba!!


Sahabat : 5 ‘ROADBUMPS’ Dalam Persahabatan

Assalamualaikum..
16 Mei 2014/Jumaat

Dalam persahabatan pasti ada pasang surutnya.Aku percaya pasti  korang pernah lalui detik ROADBUMPS bila bersama sahabat kamu.Tetapi jangan terus meletah.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Sebagai seorang kawan,buktikan yang kamu seorang yang memahami dan bijak menangani masalah.
 Jadi,ayuh ketahui ‘5 ROADBUMPS’ yang sering muncul dalam persahabatan di kalangan remaja dan cara tangani masalah yang merumitkan ini agar hubungan kamu dan sahabat semakin kukuh dan erat!
 1.DESTINASI YANG BERBEZA
>Tidak semua sahabat yang tinggal berdekatan.Ada yang dekat sejengkal dan ada yang jauh berbatu.Jadi,jika kamu berdua jarang berjumpa dan keluar bersama kerana jauh,jangan sesekali biarkan hubungan kamu berdua terputus tanpa khabar berita.Terus berhubung dan sentiasa bertanya khabar.
 2.NEW BFF IN TOWN
>Memang tidak dinafikan,menerima seseorang yang baru dalam hidup kita memang mengambil masa yang agak lama untuk terima.Begitu jugaklah dalam persahabatan lebih lagi bi;a orang tu lebih rapat dengan sahabat kamu.Apa yang boleh kamu lakukan sebenarnya jangan biarkan ada jurang di antara kamu dan sahabat.Sebaliknya cuba dekatkan diri dengan kawan baru itu.Paling penting jangan biarkan pengaruh negative bermain di fikiran.
 3.MASALAH KEWANGAN
>Tiada salahnya jika kamu berdua berkongsi masalah.Lebih lagi bila sahabat kamu sedang mengalami masalah kewangan.Jangan kedekut,kamu perlu ingat mungkin hari ini dia memerlukan bantuan kamu esok lusa kamu pula memerlukan bantuannya.Betul kan?Jadi,jangan mengeluh!Lagipun inilah peluang untuk kamu buktikan padanya betapa kamu ikhlas dengan persahabatan kamu berdua.
 4.IDEOLOGI BERBEZA
>Tidak kiralah kamu rapat macam mana sekalipun pasti kamu berdua mempunyai ideology yang berbeza.Jadi tak pelik jika kamu berdua boleh bergaduh kerana tidak sebulu.Tetapi jangan terlalu kerap bergaduh kerana ia boleh membuatkan perasaan benci dan cemburu mula menebal dalam diri.
 5.PEMBAWAKAN DIRI YANG BERBEZA
>Mungkin kamu seorang yang pendiam dan sahabat kamu itu bertentangan karakter dengan kamu.Perbezaan ini adakalanya akan membuatkan persahabatan kamu berdua mula goyang dan ada kalanya beretakkan.Jadi,sebaiknya fahami betul-betul karakter sahabat kamu dan cuba bertolak ansur sesame sendiri.

Kalau suka entry ini,cepat-cepat komen yerr..!!Selamat membaca..



Aku Nak Tanya Korang Ni...

Assalamualaikum...
15 Mei 2014/Khamis

Aku nak tanya ngan korang ni.Dua soalan je.Tak banyak..eeeeee

1.Kalau kita makan sayur,apa-apa je lah jenis sayur…kita cepat matang tak?
2.Orang kaya selalunya banyak hutang.Betul ke?


Aku tanya soalan macam tu sebab ada lah beberapa orang kawan aku yang kata begitu.Rasa tersindir lah pula dengan apa yang diorang cakap tu macam kat atas..Adakah semuanya betul??

Berhati-hati Dengan Cinta

Assalamualaikum...
15 Mei 2014/Khamis

Jujur aku kata,aku ndak pernah bercinta apatah lagi mempunyai rasa sayang atau suka pada seseorang ketika bersekolah dulu.

Ketika usia aku 19 tahun,perasaan itu mula wujud dalam hidup aku.Aku pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki.Senang cakap memang aku suka lah sama dia.Tapi aku sedar,macam mana suka pun kita sama seseorang tu,kalau dia bukan hak kita dan tidak ditakdirkan untuk bersama,kasih itu akan terlerai jua.

Memang sakit untuk diterima pada mulanya.Mujur aku dapat mengatasinya sendiri.Pengalaman itu membuatkan aku semakin berhati-hati untuk aku jatuh cinta lagi.

Dan kini,aku lebih selesa hidup single.Bukan apa,Cuma…aku belum bersedia lagi untuk jatuh cinta buat kali kedua…J

So,untuk orang-orang di luar sana yang sedang hangat bercinta…berhati-hati lah dengan cinta.Jangan sampai cinta itu memakan diri anda sendiri…D.

See u next entry… 

Mrs Erry 2nd Giveaway

Assalamualaikum...
15 Mei 2014/Khamis

Hari ni,aku join GA dari Mrs Erry Bercerita.


Eh...jom lah join sekali...
Best oohh...lagi pun..syarat nya mudah jer..tak susah...

Korang hanya perlu
1.Ikut semua syarat yang dinyatakan DI SINI.
2.Buat 1 entry pasal GA ni yang bertajuk Mrs Erry 2nd Giveaway.
3.Tinggalkan link entry korang  KAT SINI.
4.Senarai hadiahnya...rujuk DI SINI.
5.GA ini bermula 15 Mei 2014 dan berakhir pada 12 Jun 2014.

So,jom...kita meriahkan lagi GA ni..
Kalau nak join...tekan jer banner kat atas tu..
Good luck korang yerr...

Cuti Semester 2 Sudahpun Bermula

Assalamualaikum...
14 Mei 2014/Rabu

Dulu,aku ada cerita pasal CUTI SEMESTER 1 di blog lama aku (http://anumbaidurah.blogspot.com),tapi aku dah padam dah blog tu atas sebab-sebab tertentu.Ehmm..

Okeh!Sekarang ni kita sedang berada di bulan Mei.Masuk bulan depan,sudahpun masuk bulan Jun.Lepas bulan Jun,bulan Julai pula yang datang.Dan…pada bulan Julai tu jugak aku sudah pun masuk ke semester 3 di KOLEJ YAYASAN SABAH dalam bidang DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN.Yeeaaahhh….so,tinggal 3 sem lagi aku nak habis belajar.Macam tak sabar je aku nak habis belajar ni padahal ada baki lagi setahun setengah.Huhu!!

Dan sepanjang bercuti ni,duduk diam-diam je lah aku kat rumah..hadap laptop 24 jam..ngeee…Plan nak melancong pun dah ada…Cuma tinggal tunggu nak laksanakan je plan tu.Orang bilang…pelan-pelan..lama-lama jadi jugak tu plan yang mau di buat..amin..


So,duduk rumah je lah aku selama bercuti ni….papai…

Kisah Kehidupan Ku

Assalamualaikum...
13 Mei 2014/Selasa

Nama aku Nurul Baidurah binti Abdullah.Tapi keluarga dan teman-teman rapat memanggil aku Anum.Aku ini hanyalah insan biasa yang menaip diblog untuk berkongsi kisah dengan kamu semua.

Semakin menginjak kea lam dewasa,aku tidak lagi menghiraukan ejekan orang terhadapku.Kata orang,usia mematangkan seseorang.Kematangan fikiran membuatkan aku menyedari bahawa sebenarnya aku tidak kekurangan apa-apa pun di dunia ini.Allah memberikan aku segala-galanya sama seperti hamba-Nya yang lain.

Aku punya ibu bapa yang penyayang,dapat menamatkan pelajaran sehingga tingkatan 6 dan sekarang aku dapat menyambung pelajaran di peringkat Diploma.Ya,aku punya segala-galanya dengan Ihsan Allah.Aku bersyukur dengan apa yang ada.Ejekan yang orang bagi kepadaku hanyalah rencah kehidupan.Jadi,apa yang orang nak kata,ada aku kesah??

Bicara ku dan gaya penulisan ku tidaklah seindah pujangga dan juga tidaklah sehebat penulis terkenal.Aku berkisah hanyalah biasa-biasa sahaja,sekadar ingin berkongsi dengan kamu semua.So,sudikanlah untuk membaca dan kalau sudi komenlah sekali.


Jom…ikuti kisahku di entry yang baru..See you next entry!!D..

1st GA by Mieyza Roslan

Assalamualaikum...
12 Mei 2014/Isnin


Nak join??Tekan banner...

Dunia Baru Nurrah

12 Mei 2014/Isnin
Assalamualaikum…

Nama aku Nurul Baidurah Abdullah.
Umur aku 21 tahun.
Belajar di Kolej Yayasan Sabah dalam bidang Binaan Bangunan.
Aku anak ketiga dari empat orang adik beradik.
Status??Erhm…yang tu..nanti lah aku bagitau ngan korang..:)..

REMAJA…HIJABISTA…Ini adalah koleksi majalah yang paling aku suka dan tak pernah miss keluaran dia biarpun ada tsunami ke,gempa bumi ke..Ermm…bukannya aku doa kan ada tsunami ke gempa bumi ke..Cuma,well you know me…

FASHION..Menarik kan..Itu lah sebabnya aku minat baca majalah seperti REMAJA dan HIJABISTA sebab di dalam nya macam-macam ada gaya FASHION yang terkini yang boleh korang cuba,tau!Pokoknya,memang aku suka sangat lah tengok koleksi FASHION-FASHION yang ada kat dalam majalah ni.

See you next entry!!D..